Soalan Lazim
 
1
Apa maksud Pakej? Contoh : Pakej Harian RM2.00 1GB ?
Pakej tersebut bermaksud anda mempunyai akses ke internet selama 1 hari dengan Quota kredit 1GB dari anda login. Walaubagaimanapun Quota kredit akan habis awal tergantung apa yang anda layari.
   
2
Kenapa bila saya nak login, ada keluar certificate? Ada masalah dengan page? Macam tak secure je?
Certificate adalah secure untuk laman-laman web tertentu yang mempunyai certificate, untuk meningkatkan lagi sistem security webpage daripada diceroboh atau digodam pihak-pihak tidak bertanggungjawab
.
   
3
Kenapa bila saya tinggal laptop 'ON' lama je saya disconnect ( Kena masuk Username dan Password )?
Ini adalah kerana server kami telah di set maximum idle. Maknanya, sekiranya tiada aktiviti internet dalam masa 1200 saat, connection ke WiFiBoy Hotspot akan terputus. Ini bertujuan untuk tidak merugikan masa penggunaan para pelanggan kami. Oleh itu, pastikan anda simpan elok - elok Username dan password anda.
   
4
Kalau 1st login saya guna laptop/desktop lain, 2nd login guna laptop/desktop lain pulak. Boleh tak?
Boleh. Tiada masalah. Cuma jangan serentak. Maknanya tidak boleh login 2 laptop/desktop menggunakan username dan password yang sama pada waktu yang sama. System akan automatik disconnected pada login pertama.
   
5
Login saya tahu, tapi logout? Saya nak logout serta-merta? Nak buat macamana?
Selepas login, biasanya akan muncul 1 page logout, biarkan, mudah untuk anda hendak logout, sekiranya tiada, di url anda taip 197.167.0.1\Logout
   
6
Kadang - kadang saya tak boleh login..? Macam mana nak buat..?
Cuba restart browser ( tutup dan bukak kembali ). Disconnect signat WiFiBoy Hotspot ( tutup dan buka kembali ) Kalau masih tak boleh, cuba restart PC / Laptop. Kalau masih lagi bermasalah, Sila SMS ke 019 - 3541546. Pastikan SMS Username dan masalah anda.
*
Kami tidak dapat menolong tanpa Username anda - HARAP MAKLUM -
   
7
Kalau saya tak puas hati dengan perkhidmatan WiFiBoy HotSpot, boleh ke saya nak batalkan internet access saya? Boleh saya dapat duit balik?
Minta Maaf. Wang tidak akan dikembalikan. Sebab itulah kami ada pakej RM2.00, para pelanggan boleh beli pakej itu dulu untuk mencuba WiFiBoy HotSpot kami. Kami hanya memulangkan yang berkaitan dengan teknikal sahaja. Namun sebarang masalah yang timbul boleh dirunding.
   
8
Kenapa saya susah mendapat coverage? kadang 1 - 2 bar je.
Signal WiFiBoy HotSpot banyak bergantung kepada struktur muka bumi dan bangunan.
   
   
  Ada beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian.
Ini adalah penting.



1. Anda hanya digalakan memilih satu signal
WiFiBoy HotSpot sahaja yang anda fikr sesuai. ( Yang lain disconnect )

2. Cari lokasi yang mempunyai signal terkuat. Selalu di tepi tingkap ataupun di kawasan terbuka.

3. Kami cadangkan agar pelanggan kami membeli USB wifi receiver. Harga dalam lingkungan RM50 ke RM150, bergantung kepada kekuatan signal.


Sekira Anda hendak keluar dari sistem atau logout segera, taip di url taip : 197.167.0.1\Logout

1. Wrong username or password
Username atau password Anda salah.

2. Wrong Login

Username atau password Anda salah

3. Your account has expired

Akaun Anda telah tamat