Terma & Syarat Perjanjian Perkhidmatan
 
i - Pihak WiFiBoy HotSpot tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kerugian secara langsung atau tidak langsung akibat penggunaan sistem kami.
ii - Sistem ini disediakan hanya untuk kemudahan penduduk disekitar Menara Jentayu dan tidak boleh disalahguna untuk tujuan lain.
iii - Pihak WiFiBoy HotSpot berhak untuk menyekat mana-mana komputer atau Username yang melanggar terma dan syarat atau menyalahgunakan sistem WiFiBoy HotSpot.
iv - Anda dinasihatkan untuk memastikan kualiti internet di tempat anda terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran/pembelian.
v - Satu (1) 'Username/Password' hanya boleh digunakan untuk mengekses internet dalam satu (1) masa.
vi - Jangan dedahkan Username atau katalaluan kepada orang  lain. Pihak WiFiBoy HotSpot tidak bertanggungjawab sekiranya ada pihak lain menggunakan katalaluan diatas kelalaian anda.
 

1. Tidak menyalahi dengan semua undang-undang yang digunapakai di Malaysia.
2. Tidak menggunakan perkhidmatan ini untuk sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang termasuk kegiatan jenayah.
3. Tidak menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar atau menerima sebarang mesej yang bercanggah dengan moral, agama, kaum dan politik atau menimbulkan rasa tidak senang kepada orang lain.
4. Tidak berkongsi perkhidmatan ini dengan sesiapa tanpa kelulusan dan kebenaran dari WiFiBoy HotSpot dan gunakan perkhidmatan ini untuk kegunaan sepertimana yang dilanggan.
5. Tidak menggunakan perkhidmatan ini untuk sebarang aktiviti menggodam (hacking) melalui atau terhadap WiFiBoy HotSpot.

 
Tiada jaminan/ tanggungan terhadap
1. Kerosakan kepada komputer, komputer riba atau peralatan komunikasi.
2. Kerosakan, kehilangan dan kerugian ke atas fail, software dan/atau data.
3. Kehilangan atau kerosakan yang berlaku akibat dari pemasangan, selenggara, kegagalan, menanggal atau mengguna perkhidmatan ini.
4. Pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini tanpa kebenaran.
5. Kerosakan yang disebabkan oleh virus.
6. Apa sahaja program atau kandungan internet yang dilawati atau dimuaturun.
7. Penggunaan software ‘Parental Empowerment Tools’ yang menghalang atau menapis dengan tujuan menyekat anak-anak dari melayari laman sesawang yang bercanggah atau tidak sepatutnya.
 
Saya dengan ini bersetuju mematuhi segala yang terkandung didalam Terma dan Syarat Pihak WiFiBoy HotSpot